Dance Dance Revolution DDR Dark Purple

ini la,,,, Reruang dan Pembangunan

Reruang dan Pembangunan

TUGASAN 1 :
HARGA RUMAH MENGIKUT TAMAN PERUMAHAN DARI BANGI KE KUALA LUMPUR 

Nama : Norasilah Binti Satdimin
No. Matrik : A142414

Jadual.

HARGA RUMAH MENGIKUT TAMAN PERUMAHAN 
DARI BANGI KE KUALA LUMPUR PADA BULAN SEPTEMBER 2012


( Sumber : LAMAN WEB  IPROPERTY.COM.MY, September 2012 )



Graf.


HARGA RUMAH MENGIKUT TAMAN PERUMAHAN 
DARI BANGI KE KUALA LUMPUR PADA BULAN SEPTEMBER 2012




( Sumber : LAMAN WEB  IPROPERTY.COM.MY, September 2012 )








TUGASAN 2 : 
PURATA HARGA RUMAH TERES SEKITAR BANDAR BANGI KE KUALA LUMPUR

Nama : Norasilah Binti Satdimin
No. Matrik : A142414

Jadual


PURATA HARGA RUMAH MENGIKUT TAMAN PERUMAHAN 
DARI BANGI SEHINGGA KUALA LUMPUR PADA BULAN SEPTEMBER 2012.


( Sumber : LAMAN WEB  IPROPERTY.COM.MY, September 2012 )


Graf

PURATA HARGA RUMAH MENGIKUT TAMAN PERUMAHAN 
DARI BANGI SEHINGGA KUALA LUMPUR PADA BULAN SEPTEMBER 2012.




( Sumber : LAMAN WEB  IPROPERTY.COM.MY, September 2012 )

Tugasan 3 :

1)  Adakah saudara berasal dari bandar atau kampung?
     Apa yang paling saudara ingat tentang tempat saudara?                    

           
Saya Norasilah Binti Satdimin berasal dari Kampung Sungai Lang Tengah. Saya merupakan anak bongsu kepada En.Satdimin Bin Mardi dan Puan Mudrikah Binti Tugiman. Mereka boleh dihubungi ditalian 03-31877403. Kampung ini terletak di Daerah Kuala Langat, Banting, Selangor. Kampung ini berada di tengah-tengah perkampungan lain iaitu diantara Kampung Sungai Kelambu dan Kampung Sungai Lang Baru. Kampung ini dipelopori kaum Melayu yang kebanyakannya berketurunan Jawa. Sejarah nama kampung ini diambil berdasarkan cerita pada zaman dahulu bahawa pada asalnya kampung ini mempunyai sebatang sungai yang menghubungkan antara kampung-kampung lain telah hilang secara perlahan-lahan.

            Kemakmuran masyarakat dikampung ini merupakan sesuatu yang sukar untuk saya lupakan. Hal ini kerana, kampung ini pernah merangkul Anugerah Kampung Tercantik Peringkat Kebangsaan. Pengiktirafan ini tidak mampu diperoleh tanpa kerjasama semua pihak terutamanya penduduk kampung ini. Selain itu, kampung ini turut mempunyai banyak rumah-rumah contoh yang menarik dan telah berulang kali melibatkan diri dalam program-program homestay. Program homestay ini merupakan suatu cara utuk memperkenalkan pengunjung luar tentang keunikan Kampung Sungai Lang Tengah dari segi budaya dan cara hidup.

            Kampung Sungai Lang Tengah mempunyai keluasan 900 ekar. Kampung ini telah dibahagikan kepada 8 zon dan setiap zon mempunyai satu jawatankuasa induk untuk memastikan segala perancangan dapat dilakukan dengan lancar sama ada dari segi kebersihan, keceriaan dan keselamatan. Setiap jawatakuasa ini akan bergabung dalam satu pasukan agar kampung ini dapat terus megah dan mampu berdiri sama tinggi serta duduk sama rendah dengan kampung-kampung di kawasan lain.

            Kedudukan kampung ini agak strategik kerana hanya perlu mengambil masa 10 minit untuk sampai ke kawasan pekan. Tidak jauh dari kampung ini juga terletaknya kawasan bukit yang diberi nama Bukit Jugra. Bukit Jugra merupakan tinggalan sejarah lama dimana Istana Lama Kesultanan Melayu ada disini. Selain itu, kampung ini turut berhampiran dengan kawasan pantai yang dikenali sebagai Pantai Morib dan Pantai Kelanang. Kesimpulannya, budaya masyarakat dikampung ini masih sama seperti suatu ketika dahulu walaupun dikelilingi dengan perlbagai kemudahan dan teknologi moden.


 2) Beritahu saya dari bangun tidur sehingga tidur semula, apa yang kamu jumpa tentang
     ruang?


            Setiap hari rutin harian saya bermula seawal jam 5.30 pagi. Ruang bilik yang luas ditambah pula keselesaan ruang katil membolehkan saya mendapatkan tidur yang nyenyak setiap malam. Setelah bangkit dari tidur, perkara yang wajib dilakukan adalah mengemas ruang katil agar kelihatan lebih kemas dan teratur. Setelah selesai, ruang bilik air adalah misi seterusnya. Ruang yang sederhana luas telah dapat dimaksimumkan dengan adanya ruang mandi, ruang tandas dan ruang mencuci.

            Apabila telah selesai, saya kembali semula ke bilik untuk menunaikan solat. Walaupun kawasan bilik telah memuatkan dua buah katil, dua buah almari dan dua buah meja, namun masih terdapat ruang yang dapat digunakan untuk menunaikan solat kerana kawasan bilik ini tidak terlalu padat dan sempit. Almari yang disediakan mempunyai ruang yang berbeza-beza mengikut bahagian. Terdapat ruang yang luas untuk menggantung pakaian dan tiga ruang lain yang boleh digunakan untuk meletakkan keperluan lain mengikut kesesuaian.

            Setelah bersiap, saya akan menuruni ruang tangga setinggi empat tingkat dan bergerak ke kawasan menunggu bas. Kedudukan ruang antara blok di kolej kediaman adalah hampir antara satu sama lain. Di tengah-tengah antara blok terdapat satu ruang khas untuk bermain seperti badminton. Terdapat juga ruang untuk meletak kenderaan sama ada motosikal mahupun kereta dikawasan tersebut. Perjalanan dari kolej kediaman ke kawasan menunggu bas adalah berbukit namun ruang jalan raya ini adalah luas dan mampu dilalui oleh kenderaan pelbagai arah.

            Apabila bas sudah tiba, saya akan menaiki bas dimana kebiasaannya pada awal pagi ruang bas ini masih kosong dan lengang. Hal ini kerana kolej kediaman saya iaitu Kolej Keris Mas merupakan lokasi pertama persinggahan bas. Kemudian bas akan bergerak untuk mengambil pelajar dari kolej-kolej lain seperti Kolej Rahim Kajai dan Kolej Tun Hussein Onn. Apabila pertambahan pelajar maka ruang bas yang pada asalnya lengang telah menjadi padat dan sempit. Sepanjang perjalanan, bas akan melalui ruang padang yang besar khas untuk permainan bola sepak dan ragbi. Seterusnya bas telah tiba di fakulti yang pertama iaitu Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan yang juga merupakan fakulti saya.

            Setelah tiba, saya akan bergerak ke dewan kuliah di DK3F201 untuk mengikuti kelas Teknologi Maklumat untuk  Sains Sosial. Dewan ini boleh memuatkan pelajar lebih dari 100 orang kerana besar dan luas serta dilengkapi infrastuktur lengkap seperti penghawa dingin dan kemudahan LCD. Apabila kelas telah tamat 2 jam kemudian, saya akan bergegas ke bilik 3A411FSSK untuk mengikuti kelas Foundation English selama 1 jam. Ruang bilik ini sedikit kecil kerana hanya boleh memuatkan pelajar sekitar 35 orang. Setelah itu, saya akan bergerak ke surau untuk menunaikan solat zohor. Untuk tiba di surau saya akan melalui ruang makan di Pusanika,terdapat juga ruang jualan bahan bacaan seperti al-quran dan novel. Surau di kawasan Pusanika ini adalah besar dan selesa. Pelajar tidak perlu bersesak-sesak untuk menunaikan solat.
           
            Kemudian saya bergerak pula ke bilik 3A503FSSK untuk mengikuti kelas Reruang dan Pembangunan. Pelajar-pelajar di kelas ini merupakan pelajar program Sains Pembangunan. Walaupun ruang bilik ini tidak sebesar dewan kuliah namun masih selesa kerana jumlah pelajar lebih sedikit dan dapat memberikan keselesaan kepada semua pelajar. Kelas akan tamat 2 jam kemudian. Setelah itu, saya akan menuju ke tempat menunggu bas untuk pulang ke kolej. Apabila bas telah tiba, saya akan menaikinya namun telah sedia maklum ruang bas sedikit sempit kerana terdapat pelajar dari kolej lain. Kemudian bas akan melalui Perpustakaan Tun Sri Lanang, Kolej Ibu Zain, Kolej Burhanuddin Helmi, Kolej Dato’ Onn dan perbagai fakulti seperti Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Fakulti Sains & Teknologi, Fakulti Pendidikan, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina serta melalui Pusat Kesihatan. Jalan di sekitar ini adalah berbukit-bukit.

            Setelah mengambil dan menghantar pelajar dikawasan ini, bas akan bergerak keluar melalui masjid kemudian melepasi pintu gerbang Universiti Kebangsaan Malaysia. Bas akan membelok ke kanan untuk kembali masuk ke kawasan universiti melalui Pintu 02. Keadaan jalan raya pada waktu petang adalah sesak kerana kebanyakan masyarakat baru sahaja pulang dari tempat kerja. Setelah bas kembali masuk ke kawasan universiti, bas akan terus bergerak ke kawasan kolej kediaman saya dan bas akan berhenti dihadapan kolej berdekatan cafe. Kemudian turun, saya bergerak ke ruang cafe yang sedikit lengang untuk membeli makanan.
Setelah selesai, saya kembali ke blok kediaman saya untuk berehat.

            Apabila tiba di bilik, ruang bilik akan kelihatan sempit kerana keadaan bilik gelap sebelum suis lampu dihidupkan. Setelah itu, saya akan bergerak ke ruang mandi untuk membersihkan diri. Kemudian seperti kebiasaan, ibadah solat akan dilakukan. Setelah selesai saya akan mengemas kembali peralatan dan barang-barang yang telah digunakan di tempat asal. Hal ini kerana, saya ingin memastikan ruang meja mahupun ruang bilik saya sentiasa kemas dan selesa. Setelah itu, saya akan berehat dan berbual dengan teman sebilik saya sambil menunggu waktu maghrib.

            Setelah solat maghrib, saya menyemak segala maklumat yang telah diberikan oleh pensyarah. Selain itu saya juga menyemak maklumat yang berkaitan melalui laman web. Oleh kerana masih di minggu awal kuliah, kerja kursus masih belum diberikan dan ini memberi ruang kepada saya untuk tidur lebih awal. Setelah mengemaskan meja tersebut, saya bergerak keluar bilik menuju ke ruang mandi untuk mengambil wudhuk. Apabila selesai urusan di ruang bilik air, saya kembali semula ke bilik untuk menunaikan solat isyak dan selepas itu terus melelapkan mata untuk tidur.
           

TUGASAN 4 :

The Image of  the city.


1.0 Pendahuluan

           Kawasan tempat tinggal saya adalah di Daerah Banting, sebuah pekan yang terletak di Negeri Selangor Darul Ehsan pada kedudukan 2.8` Utara dan 101.6` Timur. Ia merupakan bandar pentadbiran bagi Daerah Kuala Langat. Banting terletak di tepi Sungai Langat. Terdapat rangkaian jalan raya yang baik dari Bandar Klang, Banting dan Port Dickson, Negeri Sembilan. Perkhidmatan awam seperti bas dan teksi menyambungkan lokasi seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumur ( KLIA ), Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya, Bandar Di Raja Klang dan Bandaraya Kuala Lumpur. Tempat menarik di Banting ialah terletaknya tempat bersejarah seperti Istana Bandar, Masjid Alauddin, Makam Sultan Abdul Samad Jugra dan Pantai Morib. Jumlah penduduk banting kini adalah sekitar 50,000 orang. Bandar Banting pesat membangun kerana limpahan pembangunan dari pembukaan Pusat Pentadbiran Kerajaan Putrajaya dan Lapangan Terbang KLIA. Di kawasan ini terdapat beberapa buah kampung seperti Kampung Sungai Lang Tengah, Kampung Sungai Lang Baru, Kampung Sungai Kelambu, Kampung Kanchong Darat dan Kampung Kelanang.

2.0 Pinggiran             

             Antara pinggiran yang menjadi sempadan pemisah antara Kampung Sungai Lang Tengah dengan Kampung Sungai Kelambu ialah sebuah sekolah rendah iaitu SK Sungai Lang. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah luar bandar yang terletak di tengah-tengah antara kedua kampung tersebut. Keluasan sekolah ini agak luas kerana mampu menampung  hampir 800 orang pelajar tidak termasuk guru-guru. Sekolah ini merupakan satu-satunya sekolah rendah yang menjadi institut pendidikan awal kepada 3 buah kampung di kawasan sekitar iaitu penduduk dari Kampung Sungai Lang Tengah, Kampung Baru dan Kampung Sungai Kelambu.

           Selain itu, pinggiran yang menjadi pemisah antara Kampung Sungai Lang Tengah dan  Kampung Sungai Lang  Baru pula ialah sebuah masjid di pinggir jalan raya yang menuju ke Kampung Kanchong Darat dan Pekan Banting. Masjid ini merupakan mercu tanda yang menjadi lambang agama yang dianuti oleh penduduk di kawasan ini.


3.0 Kesimpulan            

            Walaupun Daerah Banting merupakan kawasan pekan yang kecil tetapi kawasan ini mempunyai pelbagai tempat atau ruang yang menarik seperti Pantai Morib dan Gold Coast Morib yang terletak tidak jauh dari Pekan Banting. Kawasan ini sering menjadi pilihan kepada pengunjung luar terutamanya pada musim cuti persekolahan.







TUGASAN 5 :


Kampung Sungai Lang Tengah merupakan sebuah kampung yang terletak di Banting, Selangor Darul Ehsan. Kampung ini telah dibuka lebih kurang pada tahun 1910 dengan keluasan 900 ekar merupakan sebuah kampung tradisional yang mula didiami oleh orang-orang yang berketurunan Jawa berasal dari Tanah Jawa, Indonesia sejak awal abad ke – 20 lagi. Namun lebih awal daripada itu, kampung ini telahpun didiami oleh manusia berikutan satu penemuan bahan-bahan artifak purbakala yang telah dijumpai pada tahun 1963 oleh pihak Muziaum Negara seperti Loceng, Gendang Dong So’n, Bu, Manik- Manik, Kalong Emas dan lain-lainnya.

Kampung ini terletak 3km daripada pekan Banting manakala 30km dari Bandaraya Klang. Laluan ke kampung ini dikelilingi dengan kawasan kelapa sawit kerana kebanyakan penduduk di kawasan sekitar lebih banyak mengusahakan kebun-kebun kecil. Disamping itu, syarikat – syarikat luar turut membuat pelaburan hartanah kerana peluang lebih menguntungkan. Laluan untuk tiba di kampung ini perlulah melalui beberapa buah kampung berhampiran iaitu Kampung Kanchong Darat dan Kampung Sungai Lang Baru.
               
       Kedudukan kampung ini adalah di tengah- tengah antara Kampung Sungai Kelambu dan Kampung Sungai Lang Baru. Pinggiran atau persempadanan antara kampung ini merupakan sebuah jambatan kunci air yang menghubungkan antara kedua-dua buah kampung ini. Pengambilan nama kampung ini juga diambil dari segi sejarah kewujudan sungai ini yang semakin lama semakin hilang. Manakala pinggiran antara kampung ini dengan Kampung Sungai Kelambu pula bermula dari simpang tiga yang membezakan kedudukan kedua-dua kampung ini.
                
       Di kampung ini juga turut mempunyai sebuah sekolah yang menjadi tumpuan anak-anak penduduk kampung ini mahupun kampung lain. Hal ini kerana, sekolah ini mampu untuk menampung jumlah pelajar yang ramai. Selain itu, sistem pembelajaran di sekolah ini merupakan antara yang terbaik antara daerah. Justeru, sekolah ini merupakan mercu tanda kebanggaan kampung ini kerana dapat melahirkan generasi muda yang berpendidikan dan berkualiti. Sekolah ini juga terletak di tengah-tengah kampung dan sememangnya strategik serta dapat memudahkan lagi pergerakan pergi dan balik ke sekolah. Tambahan lagi, dikampung ini juga terletak masjid dan klinik desa yang terletak berhampiran sekolah.
                
        Jaringan jalan raya yang semakin baik dan lancar telah dapat memudahkan perhubungan antara kampung ini dan kampung-kampung lain. Penduduk dapat bergerak dan tiba di sesuatu kawasan dalam jangka masa yang pendek dan cepat. Selain itu, setiap rumah di kampung ini mempunyai papan tanda dan alamat dihadapan rumah yang dapat memudahkan lagi masyarakat luar untuk tiba di sesuatu kawasan sekitar kampung ini. Walaupun kampung ini dibahagikan kepada 8 zon, tetapi perbezaan ruang atau tempat tidak menunjukkan jurang kehidupan masyarakat kerana penduduk di kampung ini masih mampu untuk hidup saling membantu antara satu sama lain.

TUGASAN 6 :
Sesi Temubual bersama Responden

               

Nama Penuh : Mudrikah Binti Tugiman

Umur : 55 tahun

Tarikh Lahir : 27 November 1957

           Tempat Tinggal : Kampung Sungai Lang Tengah

Pekerjaan : Kerani

Tahap Pendidikan : SPM


           
                
Hasil Temubual


Assalamualaikum. Errr… Umi berasal dari Perak iaitu Kg. Sungai Pulau,Hutan 1 Melintang. Errr.. pada tahun 1980, umi telah berkahwin dengan bapa Shila dan terus 2 berpindah ke sini iaitu di Kg Sungai Lang Tengah. Pada tahun ini…err..sehingga tahun ini 3 lebih kurang 32 tahun umi sudah tinggal kat sini lah. Mula-mula umi menjejakkan kaki kat 4 kampung ini,suasananya amat berbeza dengan kampung umi dulu kerana kat sini kawasannya 5 jauh lebih mundur. Jalan utamanya juga masih bertanah merah, lecak, berlopak dan amat 6 menyukarkan untuk perjalanan ke sesuatu tempat. Umi tengok penduduk kat sini 7 pon,,errr….kurang..kurang keluar kerana jalannya amat sukar dan dikampung ini juga masih 8  dipenuhi dengan semak samun dan kebun-kebun pun terdapat disekitar kawasan ini la.,9  Namun,kampung ini masih segar dan tenang walaupun keadaannya tidak begitu maju.         10                      
Tetapi kini, sudah 32 tahun berlalu,keadaan jalan raya sangat berbeza dibandingkan 11 dengan mula-mula umi datang sini dengan jalan rayanya yang telah ditar..errr…masuk ke 12  lorong-lorong jalan kecil antara satu lorong ke lorong dan ini amat memudahkan perjalanan 13 masyarakat kampung ini. Terdapat juga..errr… kenderaan iaitu bas untuk memudahkan 14 penduduk sini keluar ke pekan. Errr..selain daripada itu,dari segi rumah pula, rumah kat sini 15 masa umi dating dulu, rumahnya adalah daripada kayu, dibuat daripada kayu, kedudukannya16 pula dekat-dekat, tetapi walaupun macam itu,semangat kejiranan di kampung ini sangat utuh 17 dan padu. Dan masyarakat di kampung ini juga sering membantu antara satu sama lain, 18 terutamanya berlaku majlis atau kenduri kendara. Perkara ini sangat menggembirakan.. 19 errr..Penduduk di kawasan ini,majoriti penduduk di kawasan ini berbangsa jawa dan 20  sememangnya dikenali dengan semangat kejiranan. Oleh itu, umi tengok masyarakat di 21 kampung ini hidup dalam keadaan aman harmoni dan bahagia.emmm..                              22
 Dari segi infrastruktur rumah, memanglah penduduk disini menggunakan kayu 23 sebagai bahan utama, pembinaan rumah di kampung ini adalah tidak menggunakan pelan 24 seperti yang digunakan pada masa sekarang kerana pembinaan rumah di kampung ini 25 dibina di atas tapak tanah mereka sendiri. Tapi bila zaman sudah maju, peredaran zaman,26 rumah di kampung ini sudah wujud perubahan.. rumah-rumah yang lama itu telah dinaik 27 tarafkan dengan keadaan masing-masing. Dan mereka juga dikira sudah maju dan pembi- 28  naan rumah mereka ada mengikut pelan yang sesuai. Selain daripada rumah yang dibina 29 diatas tapak rumah sendiri, terdapat juga perumahan yang telah dibangunkan di kampung 30 ini. Pada awalnya,hanya terdapat satu kawasan taman perumahan disini namun disebabkan 31 keadaan yang amat,,ramai. Errrr…… ramai orang yang akan membeli rumah-rumah yang 32 telah dibina kerana setakat ini terdapat dua taman yang telah diwujudkan di kawasan Kg 33 Sungai Lang Tengah iaitu Taman Desa Jaya dan Taman Delima. Mereka lebih selesa untuk 34 membeli rumah yang telah dibangunkan kerana memandangkan keadaan di kawasan ini 35 sungguh aman.                                                                                                                  36
Errrrr… masalah kedai pula umi tengok lebih jauh berbeza, lebih majulah daripada 37 dulu kerana.errr,,,orang kampung dulu pergi ke kedai di kampung sendiri, harganya sangat 38 mahal disebabkan kos perjalanan ke pekan itu amat sukar,jadi pembekal akan 39 memberi,menjual barang-barang itu dengan mahal. Disebabkan tiada pilihan daripada 40 penduduk kampung ini,terpaksalah mereka membeli dikedai yang ada.Tetapi sekarang 41 keadaan lebih maju dan terdapat satu pasaraya yang telah di….di..dibangunkan,dibina di 42 kawasan Kg Sungai Lang Tengah ini. Jadi.dipasaraya itu harganya amat murah.errr..dan 43 penduduk di Kg Sungai Lang Tengah ini amat bersyukurlah kerana terdapat pasaraya yang 44 telah dibina untuk keperluan harian dan ini akan menjimatkan kos perbelanjaan mereka.45 Harga yang terdapat dipasaraya ini pun seperti harga di pasaraya yang terletak dipekan.    46
Disebabkan.errr… keadaan kampung yang masih mundur, hanya terdapat sebuah 47 sekolah yang wujud di Kg Sungai Lang Tengah untuk anak-anak penduduk kampung ini.48 Tetapi untuk.dengan keadaan sekolah yang kurang selesa, terpaksalah anak-anak Kampung 49 Sungai Lang Tengah ini belajar tanpa mendapat kemudahan yang cukup, namun tetapi 50 alhamdulilah sejak kampung ini sudah maju,perubahan telah berlaku dimana sekolah yang 51 lama itu telah dibaiki dan dinaik tarafkan dengan dari 1 tingkat menjadi 4 tingkat,dan 52  memberi keselesaan kepada anak-anak di Kg Sungai Lang Tengah ini. Salah satu faktor 53 yang menunjukkan kemajuan kepada errrr….anak-anak kampung ini untuk maju ke depan 54  dan ramai anak-anak ini sudah berjaya. Kini, terdapat institusi pendidikan yang telah sedia 55 dibina iaitu macam seperti Kolej Matrikulasi, Kolej Komuniti, IKBN,ILP dan ini amat 56 memudahkan untuk errrr… anak-anak penduduk Sungai Lang Tengah dan kawasan sekitar 57  kampung ini untuk meneruskan pelajarannya ke institusi tersebut la. Dan …errrr…dengan 58 terdirinya institusi sebegini,akan memeberi dan menggalakkan anak-anak untuk maju ke 59 depan  dan terdapat di kampung ini sendri,ter….terbinanya bangunan pusat IT yang mana 60 untuk membimbing anak-anak Sungai Lang Tengah malah kepada ibu-ibu,bapa-bapa yang 61 kurang IT untuk sama-sama belajar di bangunan yang telah ditubuhkan itu.                      62 
Selain daripada bangunan pusat pengumpulan maklumat yang untuk mempelajari 63 IT untuk penduduk Kg Sungai Lang Tengah dan kampung sekitarnya..errr… Sungai Lang 64 Tengah telah melancarkan satu program homestay dibawah program pelancongan,65  Kementerian Pelancongan. Yang mana aktivitinya untuk.errrr…..pelawat-pelawat datang 66 melawat Kg Sungai Lang Tengah dan kampung-kampung sekitar kawasannya dan mereka 67 akan tinggal di rumah-rumah homestay.errr… dari sinilah penduduk Sungai Lang Tengah 68 akan mendapat sumber pendapatan..errr… sumber pendapatan. Selain daripada itu  69 juga,tedapat kilang-kilang IKS..errr.. yang telah di..dirikan secara persendirian yang mana 70 membantu penduduk sini untuk menambahkan pendapatan mereka. Yang dimasukkan IKS 71 ialah kilang-kilang kerepek,kerepek ubi,pisang,yang mana hasilnya akan dibawa keluar 72 daerah.err.. dipasaran..errrr…                                                                                                 73
Selain daripada itu,errr.. Kg Sungai Lang Tengah ini pun kira beruntung penduduk 74 nya kerana kampung ini adalah berhampiran dengan balai polis, hospital,yang mana.errr.. 75 untuk memudahkan mereka..memudahkan mereka untuk mendapatkan rawatan. Selain itu,76 perpustakaan awam pun telah diadakan, telah ada dikawasan yang berhampiran  tetapi di 77 Kg Sungai Lang Tengah juga ada perpustakaan desa. Yang mana.err..setiap petang murid- 78 murid ataupun pelajar-pelajar yan untuk membuat rujukan boleh datang ke perpustakaan 79 desa. Jadi, umi rasa perbezaan apa..errr..pembangunan sekarang ini lebih maju daripada  80  ketika umi datang mula-mula dulu. Bermakna 30 tahun sebelumnya memang amat-amat 81  menyedihkan la. Tetapi anak-anak yang sekarang ini kira beruntung kerana mereka telah 82 mendapat kemudahan yang secukupnya. Itu sahajalah yang umi apat ceritakan. Terima    83 kasih.                                                                                                                                            84



TUGASAN 7 :
SEJARAH MALAYSIA 30 TAHUN YANG LALU

Analisis Peristiwa Sejarah Pada Tahun 80-an.

Tahun 1980-an telah membawa arah baru dalam arena politik dan cabaran ekonomi. Dato Seri Dr Mahathir Muhammad yang mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Tun Hussein Onn pada 17 Julai 1981 telah mengambil langkah berani dengan mengembangkan dasar ekonomi dalam bidang industri berat seperti pelaksanaan projek kereta nasional, penapisan minyak dan perusahaan besi. 


Tahun 1980 – 1984

Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dilancarkan sebagai satu daripada strategi Dasar Ekonomi Baru. HICOM dan Kedah Cement menulakan Dasar Industri Berat. Tun Hussein Onn menyerahkan kepimpinan negara kepada Dr. Mahathir. Tun Musa Hitam yang dicabar oleh Tan Sri Tg. Razaleigh menang jawatan Timbalan Presiden UMNO dan dilantik Timbalan Perdana Menteri. Beberapa dasar baru termasuk penyelarasan waktu Semenanjung, Sabah dan Sarawak, pengenalan mesin perakam waktu, tanda nama dan pentadbiran ‘Bersih, Cekap, Amanah’, dasar penerapan nilai-nilai Islam dan Persyarikatan Malaysia diisytiharkan. Saham dalam syarikat gergasi British di Malaysia yang tersenarai di London seperti Guthrie, Sime Darby dan Harrison Crossfield diambil alih oleh pemegang Malaysia dalam ‘serangan waktu subuh’. Kempen ‘Beli Barangan Malaysia’ dan ‘Buy British Last’ diperkenalkan sebagai membalas sikap sombong kerajaan British. Ramai tahanan ISA dibebaskan. Perwaja, Universiti Islam Antarabangsa (UIA) serta Bank Islam ditubuhkan. Kempen ‘Pandu Cermat Jiwa Selamat’ dan perpustakaan bergerak diperkenalkan. Hukuman mati mandatori ke atas pengedar dadah dikanunkan. Dasar perindustrian dipercepatkan dengan penubuhan Edaran Otomobil Nasional (EON), Airod, TV3 dan Universiti Utara Malaysia(UUM), Menteri Kewangan,  Tan Sri Tg. Razaleigh tewas dalam pertarungan ke-2 dengan Tun Musa Hitam dalam merebut jawatan Timbalan Utara Malaysia (UUM), Menteri Kewangan, Tan Sri Tg. Razaleigh tewas dalam pertarungan ke-2 dengan Tun Musa Hitam dalam merebut jawatan Timbalan Presiden UMNO dan jawatannya terlepas kepada Tun Daim Zainuddin. Sultan Mahmood Iskandar (Sultan Johor) menjadi YDP Agong ke-8.

Tahun 1985 - 1989



Kereta nasional pertama Proton Saga dilancarkan, diikuti oleh Iswara. Beberapa projek baru disiapkan termasuk Jambatan Pulau Pinang, Taman Pertanian Malaysia Bukit Cherakah dan Pasar Tani diperkenalkan. Tun Musa Hitam meletak jawataan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan diganti oleh Tun Ghafar Baba. Ketegangan hubungan Malaysia-Britain berakhir apabila Carcosa Seri Negara, kediaman Pesuruhjaya Tinggi British diambil alih. Pergolakan politik UMNO mempersaingkan pasangan Dr. Mahathir – Tun Ghafar yang menang melawan pasangan Tan Sri Tg. Rzaleigh – Tun Musa dalam pemilihan UMNO tetapi yang kalah mengheret UMNO ke mahkamah sehingga UMNO diisytiharkan tidak sah. Dr. Mahathir mendaftarkan semula UMNO sebagai UMNO(Baru) dan golongan yang menentang menubuhkan Semangat 46 dibawah pimpinan Tan Sri Tg. Razaleigh. Dr. Mahathir menawarkan jawatan menteri kepada Tan Sri Tg. Razaleigh dan Tun Musa tetapi mereka menolak. ‘Operasi Lalang’ dilancarkan terhadap mereka yang membangkitkan isu sensitif Bahasa Kebangsaan dan mempersoal hak kebumiputeraan Melayu. Kementerian Wilayah Persekutuan dimansuhkan dan Tan Sri Mohamed Rahmat dilantik Menteri Penerangan manakala Tan Sri Sabaruddin Chik sebagai Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan. Keyakinan pemenrintahan Malaysia membawa ‘Commonwealth Heads of Government Meeting’ di Kuala Lumpur dan saki-baki pengganas komunis meletakkan senjata sepenuhnya. Sultan Azlan Shah(Sultan Perak) dilantik YDP Agong ke-9.

SEJARAH DUNIA 30 TAHUN YANG LALU



Kebangkitan Gwangju pada 18 Mei 1980



Bulan Mei merupakan bulan yang sangat bersejarah bagi penduduk Gwangju, Korea Selatan. Mereka sudah tentu tidak melupakan sejarah Kebangkitan Gwangju pada tahun 1980 yang dipelopori oleh Gerakan Mahasiswa. Bagi generasi mahasiswa pada tahun tersebut yang masih hidup, mereka pasti masih terkenang pertempuran di antara aktivis mahasiswa dan tentera di hadapan pagar Universiti Kebangsaan Chonnam (Chonnam National University).
Seperti apa yang dikatakan oleh Park Seok Moo, Presiden kepada May 18 Memorial Foundation (Yayasan Untuk Memperingati 18 Mei) dalam kata-kata aluannya dalam buku cenderahati sempena Pameran Bulan Mei Hong Sung Dam’s (Hong Sung Dam’s May Print Exhibition),

“Looking back 26 years ago, I remember the month of May in Gwangju. The memories of the wave of demonstrators in Geumnam-no and the resolute standing of Civil Forces defending the City Hall still haunts me like it was yesterday. This is why my heart grows warm in May every year. I thank and pray for the souls of democratic patriots who spent those ardent days of May. They will be remembered in my heart as long as I live.”
Sejarahnya bermula pada 26 Oktober 1979 apabila Park Chung Hee, Presiden Korea Selatan ditembak mati oleh Kim Jaegyu seorang pengarah KCIA yang juga merupakan bekas shabat baiknya. Park Chung Hee telah dibunuh kerana dikatakan menjadi penghalang kepada demokrasi. Kim Jaegyu mendakwa bahawa tindakannya membunuh Park Chung Hee merupakan satu tindakan yang patriotik.



Sebagai jawapan kepada demonstrasi-demonstrasi yang dianjurkan, Jeneral Chun Doo Hwan telah menisytiharkan Darurat pada 17 Mei 1980 bagi menekan para demonstran diseluruh negara. Maka keesokan harinya pada 18 Mei 1980, 100 orang mahasiswa Universiti Kebangsaan Chonnam telah berarak ke arah pintu pagar Universiti Kebangsaan Chonnam yang telah dikepungi oleh tentera sambil menjeritkkan slogan “berambus tentera” dan pergi ke Universiti merupakan hak mereka.

Pihak tentera telah bertindak ganas dalam menangani demonstrasi ini. Mereka (baca: tentera) memukul para mahasiswa, menahan dan menggeledah rumah-rumah orang awam untuk mencari aktivis mahasiswa.

Untuk memberitahu kepada seluruh rakyat tentang tindakan ganas oleh tentera, mahasiswa telah meneruskan demonstrasi di jalananan dan ini sekaligus telah menjadi pencetus kepada peristiwa bersejarah “Kebangkitan Gwangju 18 Mei”. Pada 20 Mei 1980, majoriti rakyat Gwangju telah menyertai demonstrasi mahasiswa dan mereka telah menawan dan membakar stesen TV MBC kerana mereka mendakwa MBC telah memberikan laporan yang salah tentang para demonstran dan tidak melaporkan tentang keganasan yang dilakukan oleh tentera.



Pada 21 Mei 1980, 300,000 rakyat telah menyertai demonstrasi menentang kekuasaan Jeneral Chun Doo Hwan. Tempat simpanan senjata dan balai polis telah ditawan dan senjata telah dirampas oleh rakyat. Mereka (baca:rakyat) telah menubuhkan Tentera Rakyat yang telah melawan semula tentera yang mengganas. Hampir semua jalan keluar masuk ke Gwangju telah dikepung oleh pihak tentera pemerintah. Walaupun begitu, bandar tersebut menjadi komuniti masyarakat yang efektif. Wakil komuniti telah dilantik untuk mengawal keamanan dan untuk berunding dengan kerajaan diktator tentera.

Keamanan telah berjaya dikawal tetapi rundingan dengan kerajaan gagal. Pada 27 Mei 1980, kerajaan diktator tentera pimpinan Jeneral Chun telah menghantar Unit Khas dari 5 divisi tentera untuk merempuh masuk ke bandar Gwangju dan pembunuhan beramai-ramai telah dilakukan.

Semasa pemerintahan diktator Jeneral Chun, kerajaan mengatakan bahawa pemberontakkan yang berlaku di Gwangju merupakan pemberontakkan Komunis. Tetapi setelah rakyat Korea Selatan menamatkan pemerintahan diktator tentera pada 1987, “Kebangkitan Gwangju 18 Mei” telah mendapat pengiktirafan sebagai Gerakan Demokrasi melawan pemerintahan diktator dan diiktiraf sebagai usaha untuk menempatkan sistem Demokrasi di Korea Selatan.
Selepas tamatnya pemerintahan diktator Jeneral Chun, kerajaan baru telah memohon maaf secara formal kepada penduduk Gwangju dan telah membina Tugu Peringatan untuk para syuhada yang terkorban dalam “Kebangkitan Gwangju 18 Mei.” Pada tahun 1994, para pejuang yang terselamat dalam Kebangkitan Gwangju Mei 18 telah mendirikan sebuah yayasan yang dinamakan Yayasan Untuk Memperingati 18 Mei ataupun May 18 Memorial Foundation. Yayasan ini telah mendapat dana daripada kerajaan hasil daripada duit cukai yang dikutip daripada rakyat Korea Selatan.

Jadi itulah serba sedikit sejarah ringkas mengenai tragedi yang pernah berlaku di Gwangju, Korea Selatan pada tahun 1980 dahulu. Semenjak tahun 1994, bulan Mei merupakan bulan yang paling banyak perayaan diadakan di kota Gwangju. Mereka mengadakan konsert, teater dan drama untuk memperingati kejadiaan bersejarah itu. Untuk mengiktiraf perjuangan untuk menegakkan hak asasi manusia dan demokrasi di seluruh dunia, Yayasan Untuk Memperingati 18 Mei telah mengadakan Anugerah Gwangju untuk Hak Asasi Manusia (Gwangju Awards for Human Rights) yang pernah dimenangi oleh Xanana Gusmao (Timur Timor), Aung San Suu Kyi (Burma) dan Wardah Hafidz (Indonesia).

Peristiwa yang berlaku di Gwangju ini seharusnya menjadi inspirasi kepada semua gerakan Pro Demokrasi di seluruh dunia. Gerakan Reformasi di Malaysia juga boleh mengambil iktibar daripada pengalaman rakyat Korea Selatan mendapatkan demokrasi. Tiada kemenangan yang mudah untuk diperolehi tanpa perjuangan yang panjang. Cengkaman pemerintahan diktator tentera bukanlah penghalang kepada perjuangan untuk menegakkan demokrasi. Memang ada nyawa yang akan melayang dan ada harta yang akan hilang, tapi itulah adat perjuangan. Seperti apa yang dikatakan oleh tokoh Revolusi Cuba, Ernesto Che Guevara “ We cannot be sure of having something to live for unless we are willing to die for it” (Kita tidak boleh memastikan untuk mempunyai sesuatu dalam hidup ini melainkan kita bersedia untuk mati bagi mendapatkannya).

TUGASAN 8 :
RUMUSAN 3 BUAH NOVEL


THE IMAGE OF THE CITIES



Dalam buku ini, Lynch berhujah bahawa orang dalam situasi timur bandar diri mereka dengan cara peta mental. Beliau membandingkan tiga bandar Amerika (Boston, Jersey City, dan Los Angeles) dan melihat bagaimana orang menyesuaikan diri di bandar-bandar. Satu tanggapan pusat dalam buku ini adalah bahawa kebolehbacaan (juga dipanggil imageability dan penglihatan). Kebolehbacaan bermakna melanjutkan ke skap bandar boleh 'membaca'. Orang yang bergerak melalui bandar terlibat dalam cara-dapatan. Mereka perlu mampu untuk mengiktiraf dan mengatur elemen bandar ke dalam corak yang koheren. "Dalam proses cara-dapatan, pautan strategik adalah imej alam sekitar, gambar teritlak mental fizikal dunia luar yang dipegang oleh seseorang individu. Imej ini merupakan produk kedua-dua sensasi serta-merta dan memori pengalaman lalu, dan ia digunakan untuk mentafsir maklumat dan membimbing tindakan "(ms 4). Lynch mencadangkan bahawa peta ini mental terdiri daripada lima elemen: (1) laluan: laluan bersama-sama orang yang bergerak di seluruh bandar; (2) tepi: sempadan dan pecah kesinambungan; (3) daerah: kawasan yang dicirikan oleh ciri-ciri biasa; (4) nod: tempat-tempat strategik tumpuan untuk orientasi seperti dataran dan simpang; dan (5) tanda: mata luaran orientasi, biasanya objek mudah identifyable fizikal dalam landskap bandar. Daripada kelima-lima elemen, laluan penting terutamanya mengikut Lynch, kerana ini menganjurkan mobiliti bandar

THE PRODUCTION OF SPACE

Akibat daripada sesuatu keadaan atau ruang dimana terdapat sesetengah ruang mempunyai ramai orang manakala sesetengah ruang pula tidak mempunyai ramai orang. Seorang penulis barat iaitu Henri Lefebvre, seorang filsuf asal Perancis telah mengkaji mengenai masalah ini dan melihat daripada pelbagai sudut pandangan. Akhirnya beliau telah menghasilkan sebuah buku yang berjudul Production of Space, atau Produksi Ruang. Buku ini dihasilkan untuk menjawab semua persoalan yang timbul dan bukan sahaja untuk diri beliau tetapi untuk semua orang yang ingin mengkaji mengenai ruang. Lefebvre telah mendeskripsikan ruang dan hubungannya yang erat dengan manusia. Di dalam buku tersebut, Lefebvre melihat ruang sebagai sesuatu yang diproduksi oleh setiap masyarakat. Namun benarkah setiap masyarakat menghasilkan ruangnya sendiri seperti yang dikatakan Lefebvre? Buktinya teori tersebut adalah benar dimana ruang digunakan secara langsung pada dalam kehidupan seharian. Metode yang digunakan berdasarkan Teori Lefebvre sebagai ruangnya iaitu adanya Spatial Practice, Representation of space, dan Representational Space pada setiap ruang yang terbentuk atau diproduksi oleh masyarakat. Oleh itu, dapat disimpulkan disini bahawa ruang yang ramai dan hidup akan diperolehi apabila ruang yang ada memenuhi keperluan masyarakat yang membentuknya walaupun tidak semua kawasan tersebut harus dipenuhi.


THE DEATH AND LIFE OF GREAT AMERICAN CITIES

Memaparkan tema tentang kesilapan perancangan bandar. Kesilapan-kesilapan ini bukanlah kesilapan yang baru, tetapi kesilapan yang lama dan mereka mengulangi kesilapan yang sama ini sejak beratus-ratus tahun. Mereka tidak bersalah dalam merancang bandar, tetapi mereka adalah salah satu teori. Jacobs tidak begitu banyak menyalahkan orang-orang yang melakukan perancangan bandar, tetapi beliau menyalahkan para pendidik yang mengajar perancangan. Jacobs benar-benar tidak bersetuju dengan dasar mereka memusnahkan dan beralih.  Jacobs juga menyatakan kebimbangan dengan masalah perancangan bandar dan strategi yang digunakan oleh perancang bandar. Jacobs menyediakan analisis kritikal terhadap faktor-faktor yang membawa kepada kawasan kejiranan yang berjaya dan tidak berjaya dengan melihat di bandar jalan-jalan, lorong pejalan kaki, taman, dan kawasan kejiranan. Analisis beliau berdasarkan bandar-bandar yang berbeza di seluruh Amerika Syarikat. Masalah yang dinyatakan tidak terancang Strategi yang terancang telah diikuti sepanjang abad kedua puluh telahberdasarkan pembinaan semula dan bukannya penjimatan kejiranan. Faktor utama yang dia menekankan daripada seluruh buku yang menyumbang kepada kejayaan bandar kepelbagaian dan keperluan untuk berubah. Beliau mentakrifkan kepelbagaian dalam bandar melalui campuran dan gabungan penggunaan bandar untuk tujuan yang berbeza dan sebab-sebab tertentu.


TUGASAN 9 :
KERJA LAPANGAN DI SEREMBAN,NEGERI SEMBILAN

1.0 PENGENALAN:

Reruang dan Pembangunan (SKAD 1273) merupakan kursus wajib program Sains Pembangunan yang diajar oleh Prof. Madya Abd Hadi Harman Syah. Pada 11/11/2012 kami ditugaskan untuk menjalankan kerja lapangan di Bandar Seremban, Negeri Sembilan. Laluan kami bermula di Stesen KTM, UKM (Platform 2). Kami telah berkumpul di situ dan menaiki KTM pada pukul 9 pagi. Untuk sampai ke Seremban, kami perlu melalui beberapa nod iaitu perhentian Bangi, Batang Benar, Nilai, Labu dan Tiroi. Kami tiba di Stesen KTM Seremban pada pukul 9.45 pagi. Di hadapan KTM Seremban terdapat 1 mercutanda yang tercatatnya sejarah penubuhan Stesen Kereta Api Seremban. Menurut mercu tanda tersebut, stesen komuter Seremban dibina antara tahun 1904 dan 1910. Sebanyak RM 26 000 wang telah diperuntukkan untuk membina stesen komuter itu dan dilakukan perbaikan semula pada bulan Februari dan April, 1994.
Stesen Keretapi Seremban

Mercu Tanda Seremban

              Kami ditugaskan untuk mengkaji aktiviti perniagaan yang dijalankan di salah satu jalan yang terdapat di Bandar Seremban, iaitu Jalan Kong Sang. Sepanjang perjalanan ke kawasan kajian, kami telah melalui beberapa bangunan seperti pusat beli belah Seremban Parade, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Open University, Tokio Marin Life, Wisma Eu Yan Sang dan CIMB Bank. Seremban Parade merupakan sebuah pusat membeli belah yang menawarkan pelbagai jenis barangan dan perkhidmatan kepada pengunjung bandar tersebut, selain menjadi pusat tumpuan untuk para remaja. Kami juga melalui kawasan pentadbiran Bandar Seremban. Di situ juga terdapat mercutanda Bandar Seremban yang menarik.

               Selain itu, untuk sampai di kawasan kajian iaitu Jalan Kong Sang, kami juga akan melalui beberapa persimpangan jalan seperti Jalan Dato’ Bandar Tunggal, Jalan Tunku Hassan, Jalan Dato Abdul Rahman, Jalan Dr. Krishnan dan Jalan Murugesu. Semasa menjalankan kajian, kami telah mendapatkan beberapa maklumat responden yang terdapat di jalan Kong Sang, misalnya nama responden, jenis perniagaan, bila perniagaan ini dijalankan, mengapa perniagaan ini dipilih, serta jenis barangan yang diniagakan oleh mereka.

2.0 Hasil Kajian

2.1. Kedai Ubat Ban Yin





         Kedai ini dimiliki oleh En Lai yang berumur 67 tahun. Kedai ini menjalankan aktiviti menjual ubat – ubatan tradisional dan moden. Kedai ini diusahakan sepenuhnya oleh keluarga beliau secara turun-temurun sejak kematian datuk beliau dan telah beroperasi lebih dari 40 tahun. Pada awalnya, kedai ini hanya memulakan perniagaan secara kecil-kecilan tetapi mula diperluaskan sehingga menjadi besar di dalam kawasan kedai tersebut.

2.2  Syarikat Buah-buahan Chop Soon Hing          





           Kedai ini merupakan pembekal buah – buahan. Kedai ini adalah kedai warisan keluarga yang diberi nama Syarikat Buah-buahan Chop Soon Hing. Kedai ini dimiliki oleh seorang wanita cina yang bernama Puan. Vom Foe Sin. Beliau telah menjalankan perniagaan ini sejak 35 tahun yang lalu. Pada asalnya,kedai ini menjalankan perniagaan di pasar besar dan telah berpindah ke kawasan ini secara kebetulan setelah bertanya dengan beberapa orang individu. Kedai ini turut mempunyai perkhidmatan pembungkusan hamper dan saguhati

2.3 Syarikat  Ban Hong Trading

                Kedai ini merupakan salah satu kedai yang beroperasi disekitar bandar seremban. Kedai ini telah beropersasi selama 35 tahun di bawah pengurusan Mr.Leu yang berusia 58 tahun. Kedai itu menjual pelbagai barangan plastik dan barangan dapur seperti pinggan mangkuk,cawan,kerusi plastic,baldi  dan sebagainya. Mr.Leu memilih kawasan tersebut kerana tempat yang berada di tengah-tengah bandar seremban dan kedudukkan yang strategik untuk membuat perniagaan.



2.4 Ariko Cosmetic Eyewear

                 Kedai ini merupakan sebuah kedai cermin mata yang diuruskan oleh Patrik Soon yang berusia 35 tahun. Kedai ini baru sahaja beroperasi selama 3 tahun. Pada asalnya kedai ini merupakan sebuah salon kecantikkan dan ia telah diubahsuaikan menjadi kedai ini. Kedai ini menjadi tumpuan kepada orang Cina dan India kerana masyarakat sekitarnya merupakan orang Cina dan India. 


2.5 Warung Nasi Lemak


                Kedai ini dimiliki oleh En. Ramli Bin Sahih yang berasal daripada Pahang. Kedai ini telah beroperasi sejak 28 tahun yang lalu dan hanya dibuka pada waktu pagi. En. Ramli dibantu oleh anak beliau terutamanya ketika musim persekolahan. Menu utama di warung ialah nasi lemak dan teh halia. Walaupun keadaan kedai ini agak kecil, namun masih menjadi pilihan penduduk di kawasan ini terutamanya kaum cina kerana harganya yang murah iaitu bagi sebungkus nasi lemak hanyalah RM0.70.




3.0 Kesimpulan

              Kesimpulan yang boleh dibuat hasil dari  kerja lapang kami ini telah membuktikan perkara yang dinyatakan oleh Henry Levebre adalah benar bahawa terdapat 5 jenis ruang yang digunakan dalam sesuatu tempat iaitu Laluan, Mercu Tanda, Sempadan, Daerah, Titik Tumpu memang bersalingkait dengan ruang yang wujud dimana-mana sahaja.Tempat kajian yang telah kami pilih ialah di Bandar Seremban. Bagi memastikan semua lokasi dilawati, kami telah dipecahkan kepada beberapa kumpulan dan dibahagikan mengikut lokasi-lokasi yang telah ditetapkan. Kajian yang kami jalankan dapat berjalan dengan lancar  kerana peniaga di sana amat ramah dan sudi memberi kerjasama yang baik seterusnya memudahkan pergerakan kami untuk mengumpul maklumat  dan memperoleh data daripada mereka. Melalui kajian inilah, kami dapat mengetahui bagaimana masyarakat menggunakan ruang yang ada untuk dimanfaatkan oleh mereka..





































No comments:

Post a Comment